Kisah Benar Pengorbanan Seorang Ibu - Kelahiran Rose Fatima Azzahra

Demi melahirkan anak, seorang perempuan ini sanggup mempertaruhkan nyawanya demi memastikan kandungannya sihat walafiat. Admin cukup terkesan dengan cerita yang dikongsikan. Dapat dilihat, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.


Pengenalan:

~ Qasrina, anak sulung dilahirkan dengan bantuan vacuum walaupun hanya seberat 2.55kg kerana menurut doctor tulang pelvic saya agak kecil menyukarkan proses kelahiran ketika itu.

~ Saya mengidap spine problem ; disk bulged & spondylosis(lumber & servical, doc pakar sangat tak galakkan Saya mengandung, jika mengandung pula risiko tinggi jika bersalin normal apatah jika berat baby melebihi 3kg)

~ Hasan, Anak ke-2, dilahirkan dengan kaedah elective cser pada 38w kerana masalah di atas serta keadaan sakit belakang saya yang teruk ketika itu, baby pulak dikatakan agak besar kerana saya Ada GDM.

~ Fatima berada dalam kedudukan sonsang(breech) sehingga kandungan berusia 34w, kemudian transverse & posterior sehingga saat kelahiran. Gynea juga menjangkakan Fatima lebih besar dari Hasan.

Melihat pada faktor-faktor di atas pastinya kebanyakkan doktor & ibu-ibu beranggapan elective cesarean adalah jalan terbaik untuk saya atau ibu yang mengalami salah satu masalah yang sama seperti Saya. Sama ada SVD (Spontaneous Vaginal Delivery) apatah lagi cuba VBAC(Vaginal Birth After Cesarean) dilihat sesuatu yang mustahil & bahaya. Masih saya ingat kata-kata seorang doctor(masih simpan screenshot tersebut), bila saya lahirkan kekesalan saya tidak berilmu ketika kelahiran anak sulung hingga menerima unnecessary intervention. Katanya kalau tak vacuum tah ada ke tak nyawa anak sulung saya sekarang. Begitulah angkuhnya kata-kata beliau.

Alhamdulillah, persediaan awal, membaca, menghadiri class kelahiran amani, penjagaan pemakanan serta rawatan yang sesuai segalanya dimudahkan dengan izin Allah.

Perjalanan kelahiran alami Fatima.

2 tahun sebelum mengandungkan Fatima kami sudah berhijrah kepada pemakanan sunnah, real foods & organic. Kebanyakkan homemade, tiada processed foods, fast foods apatah lagi junk foods. Saya & keluarga juga tidak mengambil sebarang ubatan/drugs sebagai rawatan lagi kecuali jika benar-benar diperlukan untuk kes-kes tertentu.

Berita kehadiran Fatima yang kami tunggu sejak 4 tahun begitu mengujakan. Ketika ini suami bagitau saya, kena mula menabung sebab banyak nak guna duit dah tentu kena elective cser. Kami juga bersetuju mencari ibu susuan sebagai backup sekiranya sakit belakang saya menjadi teruk selepas melahirkan. Semua ini merujuk kepada kesihatan saya & pengalaman mengandungkan/melahirkan Hasan.

Dalam masa yang sama saya sudah mula menggali ilmu dari beberapa Group gentle birth & ICAN. Bila saya suarakan untuk VBAC & pergi ke kelas, Suami tidak setuju. Namun, akhirnya beliau setuju juga hanya kerana mahu menjaga hati isteri kesayangan.

Malangnya, ketika kandungan Saya 22w, tarikh kelas makin hampir, saya tergelincir & jatuh terduduk. Dua minggu Saya tidak dapat berdiri, berjalan @ duduk tanpa bantuan. Suami mula tak nampak peluang saya untuk VBAC, hasrat ke kelas Amani terpaksa dibatalkan. Suami pujuk agar saya buat rawatan di Chiropractic dulu, kemudian tengok macam mana.

Saya disarankan menjalani rawatan chiropractic secara intensive iaitu seminggu 2X selama beberapa bulan/hingga bersalin. Alhamdulillah baru dua ke tiga kali rawatan Saya sudah boleh berjalan seperti biasa. Malah lebih sihat. Melihat perkembangan positif saya, Suami bersetuju saya mengikuti kelas kelahiran Amani.

Sepanjang sebulan menghadiri kelas, banyak perkara yang kami belajar & membuka mata kami. Alhamdulillah dengan bantuan & sokongan CBE serta kawan-kawan Amani, kami lebih berpengetahuan, yakin & bersemangat.

Ketika kandungan berusia 32w, gynea memberitahu baby lebih besar dari abangnya & kedudukan masih songsang. Tapi masih Ada banyak masa untuk baby pusing pada kedudukan yang betul. Saya sendiri tidak risau dan tetap positif. Namun apabila gynea tidak menghormati keputusan saya untuk menolak suntikkan tetanus, Saya terpaksa mencari Gynea lain. Ini belum Saya tunjuk Birth plan yang tolak macam-macam lagi.

Saya masih menjalani rawatan chiropractic, cuma saya mula minta chiropractor Saya tambah dengan Webster technique pula bagi membetulkan kedudukan bayi saya. Disamping itu saya melakukan beberapa senaman dari http://spinningbabies.com/ bagi membantu membetulkan kedudukan bayi secara semulajadi. Selebihnya bercakap dengan bayi & mengadu pada Allah mohon bantuanya.

36w, kedudukan baby sudah bertukar dari breech ke transverse & engaged. Saya berjumpa dengan Gynea yang boleh terima semua yang terkandung dalam birth plan Saya. Beliau sangat positif, dan benarkan Saya VBAC kerana tahap kesihatan saya juga sangat baik. Gynea menyatakan bila-bila bayi akan lahir. Sampai masa bayi akan tahu bila dia bersedia untuk keluar & berpusing betulkan kedudukannya. Positif & tiada apa yang perlu dirisaukan.

38w, Alhamdulillah Saya masih aktif, sakit belakang seakan tiada. Chiropractic masih diteruskan. Saya masih boleh memandu. Bila nak ambil anak-anak dari sekolah saya turun tangga dari tingkat 11 ke LG(parking). Saya masih mampu ronda-ronda Mall & Bazar Ramadhan. Saya juga kerap melakukan senaman & belly dance. Berbeza Ketika mengandungkan Hasan, dari kandungan 5 bulan Saya sudah mula solat duduk, kadang-kadang nak bawa kereta pun tak larat. 7 bulan Saya sudah dinasihatkan bercuti, bed rest hingga hari pembedahan kerana sakit belakang yang makin teruk. Saya bergantung pada drugs bagi menahan sakit. Untuk kandungan Kali ini, Saya memang tak ambil sebarang drugs, Vitamin synthetic(klinik) @ susu tepung. Semuanya dari sumber semulajadi. Alhamdulillah saya juga tidak mengalami GDM, sembelit, cramp serta edema(bengkak kaki) hingga saat melahirkan.

17 july 2015, 1 syawal. Keluarga mertua datang dengan pelbagai juadah. Kebetulan saya sakit perut masa ni. Kerana khuatir Saya akan bersalin, mertua suruh Saya makan & rasa semua Juadah, beraya sakan la kami :) . Malamnya kami pergi beraya lagi. Masih tiada rasa sakit @ mild surges. Saya masih menggunakan tangga untuk turun ke lobi.

18 july 2015, 11am, Saya & suami ronda-ronda Setia City Mall nak cari nipple cream, mothercare masih tutup. Ada sales, sempat pilihkan hubby beberapa helai kemeja kerja. Sampai dirumah pukul 3.30 ptg, saya tidak jadi masuk rumah, sebaliknya naik tangga ke tingkat 16 kemudian turun ke lobi menggunakan tangga. Senaman naik lift turun tangga saya lakukan beberapa kali.

9.00 malam, mertua tanya dah Ada rasa sakit ke? Sy kata hanya ada beberapa Kali sahaja mild surges sepanjang hari, nampak macam lambat lagi. So mertua kata esok drg balik dulu. Nanti kalau da warded mereka datang.

11.00 malam, selepas melakukan beberapa senaman & "tarian inul" di atas Gymball saya tidur. Nampaknya belum ada tanda-tanda lagi baby nak keluar.

2.00 pagi- 19 July 2015, saya terjaga sebab rasa intense surges, bangun & duduk atas gymball. 15 minit menunggu hampa, tiada pulak rasa intense mahupun mild surges, mimpi ke agaknya tadi.... Masuk bilik air, nampak sedikit blood show. Hati berbunga riang, mungkin da tiba masanya. Tapi tiada regular surges. 30 saat dalam 20-30 minit, tu pun rasa macam mild surges sahaja. Apa pun bersiap sedia, mandi hot shower, bersiap apa yang patut.

3.00 pagi, gerak encik suami, beliau bangun dengan gembiranya, saat ditungu-tunggu bersiap ke hospital. Sempat hubby kupas sebiji kelapa buat bekalan saya. Beritahu adik ipar nak ke hospital.

3.15 pagi, bgtau hubby nak turun guna tangga sb takde rasa surges da. Tak dibenarkan, akhirnya Gymball saya usung masuk lift.

3.30 pagi, sampai dia luar pagar hospital hubby berhentikan kereta. Dia tanya betul-betul sakit ke? Saya jawab rasa macam mild surges je, sekarang 15 minit sekali dalam 30-40 saat. Takut nanti kena balik je. So, Kami decide pergi makan dulu. Google restoran yang buka 24 jam. Tak jumpa. Fast food? Sudah tentu tidak. Akhirnya kami masuk kawasan hospital & cari parking.

4.00 pagi, menapak agak jauh, guard offer wheel chair, saya tak nak. Kami ke bahagian Kecemasan untuk register. Nurse bgtau kena pergi labour room dulu baru register. Di labour room, kebetulan gynea saya sedang memyambut seorang lagi baby syawal. Saya minta nak salin baju & ambil barang-barang, nurse kata nanti dulu. Takut puan tak kena tahan ward. Kita buat CTG & VE dulu. Kl betul puan nak bersalin baru register, tukar baju & ambil barang-barang.

4.50 pagi, selesai 1st CTG & VE seperti dipersetujui dalam birth plan, bukaan 7cm, CTG menunjukkan surges setiap 2 minit, yiihuu!!! rasa macam nak melompat. nurse minta hubby register & ambik barang-barang. Nurse kata puan sangat cool, tak macam sakit sebab tu saya ingat bukaan baru 1-2cm tadi. Alhamdulillah memang saya rasa macam mild surges je. Duduk atas gymball, makan kurma & minum air kelapa. Selfie, whatsapp pada CBE caption "Yat doakan, akak da admitted ni, dalam labour room (icon peach, icon smile)". Hehe...

6.00 pagi, kejap berbual kejap tidur dalam pelbagai position(bouncing atas gymball, kneeling, squatting) di layan en Suami. Mengantuk tahap gaban. En Suami sentiasa ingatkan makan, minum, pee & poo.

8.30 pagi, turun dari katil ingat nak duduk atas gymball, tiba-tiba plup! Ketuban pecah, bukaan 9cm. Senyum pandang en suami, da dekat nak jumpa baby :)

8.45 pagi, rasa sakit mula kuat, hubby tempat berpaut. Hubby terus ingatkan "Deep breathing Yang, tenang, zikir, buka mulut luas-luas sebut Allah & relax". Beliau juga tidak putus bisikkan zikir di telinga Saya.

9.00 pagi, mula rasa nak push, hubby ingatkan, "sayang, don't push, breathing the baby out..." Tak boleh.... rasa nak push juga.... Oleh kerana doktor benarkan free birth position, beberapa position saya cuba bila rasa nak push, baby masih belum keluar. Kerana sangat mengantuk, sambung tidur sementara tunggu next surges.

10.00 pagi, Maybe Transition, saya mula rasa tak tahan & minta gynea vacuum je, hubby terus bisikkan zikir & beri kata-kata semangat, begitu juga gynea & nurses. Midwife ingatkan sy bercakap dengan baby. Saya urut perut & bisikkan pada baby "bantu mama ye sayang". Sorakkan padu mereka berikan pada saya, boleh buat tak perlu vacuum, akhirnya keluarlah baby Rose Fatimah Azzahra tepat pukul 10.07 seberat 4.03kg, 1st degree natural tear. Tanpa vacuum @ episiotomy. Terus diletakkan atas dada saya, skin to skin & breast crawl. Kurang 10 minit kemudian uri keluar dengan sendirinya, DCC(delay cord clamping) for 12 hours. Selesai papa Iqomat & tahnik, lebih setengah jam skin to skin, baby pee & poo atas mama. Huhu... Hadiah birthday pertama dari baby :)

Esoknya, kami discharge. Alhamdulillah baby kali ini organic; no synthetic vitamins, no drugs, no vaccine, no vitamin K. Tiada juga jaundice, Abang & kakaknya dulu, hari ke 3@4 dah warded kerana bacaan jaundice tinggi.

Alhamdulillah, mengandung & bersalin dengan ilmu, persediaan awal, usaha berterusan(pemakanan, senaman, rawatan) seterusnya tawakkal pada Allah, segala yang dimomokkan mustahil dapat diatasi. Educate to dilate, jangan serah pada doktor semata-mata. Sebaiknya cari ilmu agar dapat bekerjasama dengan mereka. Mainkan peranan kita & Ketahui hak-hak kita. Masih banyak yang perlu saya pelajari & perbaiki untuk kelahiran yang seterusnya, InsyaAllah.

Sekian :)
Share on Google Plus

About Encik Petai

Jejaka kacak, hidung mancung, muka Pan Asia. Suka makan mee goreng, minum milo ais tabur dengan ayam goreng. Penebar roti canai termasyhur di negeri Pasir Berdengung.