Tips Bagaimana Anda Bergaji RM2500 Tapi Boleh Beli 2 Rumah Dan 1 Akaun ASB RM200K


Anda Nak saya tunjukkan pula bagaimana bagaimana pinjaman 2 buah Rumah dan ASB 200K Berjumlah Lebih kurang RM700K dengan komitmen bulanan sama seperti sebuah rumah yang berharga 50K dengan komitment bulanan hanya RM300 dan siap ada simpanan RM200K dan untung ratusan ribu Dari property appreciation. Orang yang bergaji RM3000 pon mampu untuk untuk lakukan👌SAYA TAHU RAMAI ORANG CARI TEKNIK INI.Saya Akan dedahkan.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Share lah status ini jika anda rasa ia bermanfaat.👌BACA DENGAN TELITI , mungkin status ini memberi sesuatu yang berharga untuk anda. 👌
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

1. Kepada yang baru bekerjaya buat dulu pinjaman ASB 200K dan commit setiap bulan RM1200. Seboleh-bolehnya jangan commit dengan pinjaman kereta terlebih dahulu. Selepas 3 tahun dapat dividend compounding + value pinjaman bila surrender pinjaman = RM60K. (Telah ada capital untuk beli rumah).

2. Beli Rumah pertama target untuk disewakan terlebih dahulu. Beli rumah yang berharga RM150K dan cari rumah di kawasan berpotensi tinggi untuk sewaan seperti kawasan industri @ berhampiran institusi pengajian tinggi. Pengalaman sy di institusi pengajian tinggi. Bayaran installment rumah Ini ialah RM750.Keluarkan sedikit modal untuk setup rumah tersebut fully furnish, kos Jgn melebihi 6 bulan nilai target sewaan. Buat sedikit hiasan supaya rumah nampak menarik dan kemas.Walaupon pada masa itu market sewaan sekitar Cuma RM700, Saya berjaya sewakan RM1350 sebulan. RM1350 - RM750 installment rumah = RM600 +ve cash flow Setiap bulan.

3. Buat Tenancy Agreement dan duit sewaan dikreditkan ke dalam akaun. Saya menggunakan kaedah bayaran sewaan lump sum untuk satu Rumah seramai 9 orang untuk 1 semesta. RM150 x 9 orang x 6bulan = RM8100. Bayaran di ambil selepas pelajar menerima duit PTPTN @ biasiswa JPA bagi kemudahan mereka. Dengan Tenancy Agreement tersebut Saya dah meningkatkan pendapatan saya.

4. Selepas 3 bulan, Saya beli Rumah kedua yang berharga RM364K under construction yang dijangka siap lagi setahun lebih. dengan installment bulanan RM1400++ bila siap. So Kena commit dahulu progressive payment lebih kurang 1 tahun.Bagaimana pinjaman Ini boleh diluluskan? Saya ambil contoh gaji bersih Cuma RM2500 + RM1350(tenancy agreement) = RM3850. Kelayakan pada waktu ini adalah DSR 70%. 70% x RM3850 = RM2695 . Komitmen Rumah pertama RM750 + Rumah kedua RM1400 = RM2150. DSR = 55%

5. Bila pinjaman rumah kedua diluluskan, terus buat semula pinjaman ASB 200K semula dengan komitmen bulanan RM1200. Kiraan DSR pada masa ini 87%, had allowable DSR 80%, bagaimanapon pinjaman Boleh diluluskan dengan mitigation yang dibuat atau upfront payment seperti 3 bulan contohnya. Boleh juga buat pinjaman ASB sebelum membeli rumah, jika cukup setahun, dividend akan diambil sebagai income, jika tidak cukup, mitigation Akan dibuat untuk meluluskan pinjaman rumah akan datang. Untuk pinjaman ASB ini ada 2 kaedah samaada terus bayar lump payment setahun RM14500 @ commit secara RM1200 bulanan selama setahun.

6. Akhir tahun ASB akan dapat dividend, saya ambil purata 8% = RM16000.

7. Rumah kedua pada waktu ini sudah mula bayar installment RM1400. RM1400 x 12bulan = RM16800. Dividend yang Ada pada ASB RM16000 cukup untuk bayar setahun installment rumah. * RM800 pejam mata je". Maknanya waktu ini komitmen pada rumah kedua sudah hilang. Rumah Ini untuk kegunaan sendiri.

8. Pinjaman ASB bayar seperti biasa RM1200 sebulan. Bagaimanapon masih ada +ve cash flow RM600 dari sewaan rumah pertama. Jadi wang poket Kita yang perlu keluar pada waktu ini cuma RM600 sahaja.

9. Gunakan faedah pengeluaran bayaran bulanan perumahan dari EPF AC 2 sebanyak RM3600 setahun dan buat instruction untuk kreditkan ke akaun RM300 sebulan. PADA WAKTU INI KOMITMEN SEBENAR KITA CUMA RM300 SEBULAN yang perlu keluar poket kita👌

10. Ulangi proses yang sama untuk tahun-tahun berikutnya.

11. Sampai tempoh 25 tahun kita Akan terima Sijil ASB RM200K yang telah habis dibayar.

12. Kita ada dua buah rumah pada waktu ini yang pasti Akan berlaku kenaikan harga hingga ratusan ribu ringgit. Kalau nak jual satu boleh tak? Boleh kan Kalau kita nak. Gaji kita pon pasti naik pada waktu ini untuk pergi kepada pelaburan-pelaburan seterusnya. Bila anda disiplin & force diri, anda mampu lakukan semua ini. Jangan jadikan alasan Gaji tidak besar sebagai penghalang, Gaji besar adalah kelebihan. kita yang mengaturkan masa depan kita sendiri. Semoga yang membaca article dapat Manfaat dari apa yang saya coretkan.😊.

➡Terima Kasih Kerana sudi membaca hingga habis. Bagi yang rasa cara ini tidak sesuai untuk anda atau tidak berguna, tinggalkanlah ,mungkin ramai lagi orang yang perlukan ilmu ini yang mungkin sesuai dengan mereka✌🏻️

-KEY-
Share on Google Plus

About Encik Petai

Jejaka kacak, hidung mancung, muka Pan Asia. Suka makan mee goreng, minum milo ais tabur dengan ayam goreng. Penebar roti canai termasyhur di negeri Pasir Berdengung.