Terkini! Lepasan Pelajar Politeknik Dikecualikan Bayaran Semula Pinjaman PTPTN

Ini adalah berita terbaru mengenai pinjaman PTPTN bagi peminjam yang telah melanjutkan pelajaran di peringkat Politeknik.


Menurut Jabatan Pendidikan Politeknik, Ketua Pengarah YBhg. Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar berkata mana-mana bekas lepasan dari politeknik seluruh Malaysia dikecualikan dari membayar Pinjaman Pelajaran PTPTN.

Perkara ini di bangkitkan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said menyatakan kebanyakkan lepasan politeknik sukar mendapat kerja selepas tamat pembelajaran.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil juga kesukaran mendapatkan kerja, beliau memahami situasi yang berlaku kepada graduan-graduan politeknik untuk bersaing dengan graduan universiti tempatan.

Menurut beliau juga, syarikat-syarikat swasta juga lebih memandang lulusan dari universiti berbanding politeknik yang hanya fokus kepada kejuruteraan dan perakaunan dimana universiti tempatan lebih kepada pekerjaan semasa seperti kejuruteraan perisian, periklanan dan teknologi.

Selepas perbincangan beberapa peringkat bersama ahli-ahli pengarah PTPTN, beliau memutuskan lepasan pelajar politeknik seluruh Malaysia tidak perlu membayar semula pinjaman PTPTN bagi membolehkan lepasan pelajar dapat bekerja dengan tenang.

Beliau berharap lepasan pelajar politeknik dapat bersyukur serta memulakan hidup baru dalam keadaan ekonomi sekarang dan mampu menjadi pemangkin negara demi mencapai wawasan 2020.
"Kau dah subuh belum?" kata kakak aku. Aku pun buka mata, terus ke tandas untuk kencing sepam dua dan ambik wuduk untuk bersolat. Lepas tu aku terus menaip difesbuk amanat tersebut biar semua lepasan politeknik menangis bersama.

Sumber: Hafiz Mansor

Share on Google Plus

About Encik Petai

Jejaka kacak, hidung mancung, muka Pan Asia. Suka makan mee goreng, minum milo ais tabur dengan ayam goreng. Penebar roti canai termasyhur di negeri Pasir Berdengung.