Orang Lelaki Kenapa Gentlemannya Hanya Time Mengorat?

Betul ke kaum lelaki ini sikap gentlemannya hanya wujud ketika ingin mengorat perempuan sahaja? Admin setuju dengan pendapat daripada Mikka Medinna ini, tak semua tanggungjawab patut diserahkan kepada perempuan. Kita lelaki, patut tunjuk gentleman dalam semua perkara.


Kadang2 bila keluar berjalan ke tempat2 awam..pasti ada terlihat situasi atau fenomena yg meruntun jiwa. Paling kerap jumpa:-

Kat kedai makan..

Isteri dah macam octopus pegang baby ,suap anak ,pastu anak lg sorang nak berak lah apelah..si suami makan dgn tenang setenang air dikali sambil tgn pegang hp scroll2 fb,belek n like kt ig,senyum2 siamang baca wassap!

Kat parking kereta..

Isteri basah ketiak masukkan anak dalam kereta. Lipat stroller,masukkan brg2 yg dibeli. Si suami main hp sambil hisap rokok kt tepi. Yg jenis mcm ni..hrp bdn kau je sado bang tapi lagi baik kau jd pondan jer.

Atas eskalator..

Bapa pegang hp lebih erat lg drpd pegang anak. Anak main2 tali eskalator..si adik lompat2 atas eskalator. Ya ampunnnnn...kakak rasa nak bg flying kick saje drpd belakang biar kau tersungkur n tertelan hp.

Dalam shopping mall..

Si suami jalan sepelaung ke depan. Si isteri dgn bwk perut dah sarat kepit anak kecik dgn anak besar dgn jinjit brg n handbag lg. Terkedek2 tertinggal di belakang. Ni mesti kes takut scandal nampak kau dah berbini kan?

Itu kejadian diluar rumah, yang nampak dimata masyarakat. Yang kita tidak nampak?? Entah apa lagi yang perlu dihadap dirumah. Barangkali..isteri buat keje mcm nak pitam si suami goyang tutt sambil main hp n seronok2 tonton cerita kegemaran dia. Sedangkan si isteri sendiri lupa bila kali terakhir dia tgk cite fav dia kat tv!

Pernah kakak terbaca...Ada suami yang masih dikategorikan tak tahu nak menguruskan anak walaupun dah beranak pinak. Tak tau jaga anak, mandikan anak, pujuk anak,buat susu anak, dukung anak, suap anak makan, tukar pampers anak. Tak tahu. Tak tahu. Tak tahu. Nasib baik kau tahu buat anak!

Laaa... bang???? Kalau nak belajar berenang. Abang kena berenang. Kalau nak belajar menyanyi kena menyanyi.

KALAU NAK PANDAI JAGA ANAK KENA JAGA ANAK!! Ni masalahnya bukan kau xtau tapi kau yg malas nak amik tau.

Hairan sungguh kakak hairan!

Orang lelaki kenapa gentlemannya hanya time mengorat? Bila dah kawen dah beranak pinak automatic korang transform jadi heartless kalah boss korang kt pejabat. Kt pej pandai plak kau kecut tutt..balik rumah kau pretend like a boss n ur wife like a bibik! Bila poket kering tgh bulan pndai plak manis muka suh bini tong tong..tp kerja rumah kenapa xnak tong tong sekali?? Apa korang fikir org pompuan ni bila selesai akad nikah nak serah body dia utk angpa bg susah ka? Utk angpa siat2 hati n perasaan dia ka even kesenangan n kemewahan xmampu kau bg?

Lately kakak selalu nampak perkara2 mcm ni..n ada kenalan kakak yg menghadapi perkara2 mcm ni..suami pemalas,suami curang,suami suka main coc,suami rampas isteri anak buah..Omg!! Apa nak jadilah dgn dunia sekarang??

Aduhaii kaum perempuan..bertabahlah walaupun kau solat pun dihujung2 waktu ..xsempat mandi seharian buat keje umah muka pun dh mcm mak lampir suami plak salahkan isteri dah xcantikla..dah xwangi la..jgn salahkan diri anda..sbb si dia kalau kawen lagi 74 kali punnn ...semua bini2 dia turut akan jd mak lampir..sebab kau yg xpandai jaga bini bai! Dan utk semua isteri2 spt dalam cerita di atas ini..ure superwoman! Even suatu hari kau 'dibuang' jgn gundah kerana kau telah terbiasa dgn 1001 kepayahan. U gonna survive! Dan buat yg masih bertahan..insyaallah ganjaran Allah utk kamu..disana nanti kamulah diantara bidadari2 yg plg tercantik.

Dan jauhkanlah keturunanku dan zuriat2 lelakiku drpd menjadi spesies rare-type-mintak nak kena lempang beramai2 ni ,Ya Alllah. Insyaallah. Amin2.

‪#‎antimarriagebully‬ ‪#‎areumarriedtocellphone‬? ‪#‎duniahanyapinjamanhargaiselagiada‬ ‪#‎kakakkalaujadilelaki200‬%lebihbaikdariangpa

Share on Google Plus

About Encik Petai

Jejaka kacak, hidung mancung, muka Pan Asia. Suka makan mee goreng, minum milo ais tabur dengan ayam goreng. Penebar roti canai termasyhur di negeri Pasir Berdengung.