Nak Beli Rumah, Pastikan Anda Ada Hitam Putih Seperti Ini!

Nak beli rumah bukan macam boleh beli baju di kedai. Ada banyak prosedur yang perlu kita ikut step by step. Tetapi, ikut prosedur pun kadang-kadang ada yang boleh terlepas pandang. Kalau tak percaya, baca cerita yang dikongsikan oleh saudara Jusni Hashim dibawah.


ORANG KITA LEBIH PERCAYAKAN S&P (SALE & PURCHASE AGREEMENT) BERBANDING PENDAFTARAN DALAM GERAN.

  1. Seorang kenalan saya telah membina rumah di atas tanah yang beliau telah beli. Total harga rumah dan tanah tu dalam RM160,000.
  2. Agak besar juga rumah tu. 3 bilik tidur. Ruang tamu dan ruang dapur yang sangat luas serta ruang hangout outdoor yang boleh buat makan-makan di luar. Serius berbaloi dengan harga.
  3. Saya tanya, dah pecah geran ke belum? Belum kata dia.
  4. Rupanya baru saya tau rumah dia dan rumah-rumah lot sebelah dia merupakan satu geran besar lot pertanian. Hanya pecahan bahagian saja dalam geran. Patutlah takde geran individu.
  5. Situasi begini memang biasa di kampung2. Buat rumah ikut pecahan bahagian dalam geran. Geran dikongsi bersama.
  6. Saya tanya lagi, dah buat pindahmilik bahagian ke belum? Belum katanya.
  7. Abes tu bila nak buat? Kata dia "Hari tu dah sign S&P. Cukuplah kan..."
  8. Ishhhh...mana boleh macam tu. S&P tu antara kita dengan dia jer. Lepas tu kena buat pindahmilik bahagian dalam geran tu drpd nama dia kepada nama kita. Guna borang 14A. Barulah official dalam pendaftaran Pejabat Tanah yang bahagian tu milik kita, bukan milik dia lagi.
  9. Tambah saya, berani sungguh abang bina rumah ratus ribu padahal urusan pindahmilik bahagian pun tak buat lagi. Kalau saya, saya takkan buat macam ni.
  10. Kalau tak buat pindahmilik tu jgk apa akan jadi ? Soalnya pula.
  11. Ada 3 benda. Pertama, nama dia masih dalam geran. Bila-bila masa dia nak halau abang keluar pun boleh. Dengan rumah ni pun pergi kat dia sekali. Free2 je bagi kat dia.
  12. Kedua, kalau kerajaan buat pengambilan tanah ni, abang tak dapat pampasan. Dia yang akan dapat. Sebab dalam geran nama dia.
  13. Ketiga, kalau abang meninggal, kesian kat anak-anak abang nak setelkan pusaka. Sebab nama abang takde dalam geran. Rumah yang abang bina ni entah2 jadi milik tuan tanah tu nanti.
  14. Saya nasihatkan, abang setelkan dulu pindahmilik bahagian dalam geran tu dengan pemilik asal ni secepat mungkin.
  15. Saya lihat muka beliau sudah mula cemas...
*gambar sekadar hiasan.
Share on Google Plus

About Encik Petai

Jejaka kacak, hidung mancung, muka Pan Asia. Suka makan mee goreng, minum milo ais tabur dengan ayam goreng. Penebar roti canai termasyhur di negeri Pasir Berdengung.