Hati-Hati.. Cubaan Mencuri Kereta Di Plaza Tol

Ini adalah perkongsian sebenar pengalaman Natasha Amerludin apabila dia sekeluarga berdepan dengan beberapa orang lelaki yang dikatakan cuba untuk merampas kereta yang mereka naiki semasa dalam perjalanan ke Melaka.

Assalam. We all on the way ke Melaka tadi and sebab nak shishi we all stop kat toilet tol Tangkak sebelum masuk ke tol. Which is kalau kite dari Tangkak nak ke Melaka, kat toilet sebelah kanan sebelum masuk tol.

I keluar ke toilet dengan ibu. Ayah pun nak keluar ke toilet juga. Masa Ayah nak keluar dari kereta, lelaki Baju hijau umur dalam awal 30-an or akhir 20-an nak rampas kunci kereta, lagak macam nak tarik kete. Kasar sangat. Kata Ayah tak settle loan kete 8 Bulan dengan Public Bank. Sedangkan loan kete tu dari Aeon Credit. And tak sangkut langsung pun. Then he told us cakap Ade grant kete semua tapi tunjuk lepastu lipat lelaju. Dalam masa yang sama die cakap "settle je laa. Bayar je berapa2" Pergh keadaan jadi worse bila die nak belasah Ayah sebab Ayah dah start keluar besi lock kereta untuk protect everyone.



I and Ibu jerit minta "Tolong. Tolong" Tapi kat tempat tu sunyi and tak berapa Ade orang and person yang Ade semua macam cuak nak Tolong. I was cryingand dial 999. Hanya Allah tahu betapa rase takutnya masa tu.

Then, Ibu Tanya I mana polis. And I cakap police on the way. And this kind of pig with green shirt terus pura pura call dalam kereta then keluar cakap "Dah call bank. Bank kata dah settle. Bank silap info. Ni kereta lelong" What say you? Kereta ni bukan kereta lelong. And the other pig datang which is chinnese cakap kat Ibu macam ni, "Ni Ade cerita belakang. Tak boleh cerita depan Anak Anak. " Ibu jerit cakap Ape benda nak sembunyikan cerita je laa. Nampak sangat macam Ade sesuatu. On tow pun dah ready siap nak tarik kete.


Bila police on the way tu, chinnese tu dah hilang. Takut ke ape Wei. Then, kereta police sampai dengan kereta Inspira. Masa police sampai, police angkat tangan kat green pig tu. Kau rase tak curiga? Ada 3 orang police. Semua pakai Baju putih. Macam police traffic. Then police tak Tanya Siapa pelapor. Tak ambik statement. Tak keluarkan ape ape pun untuk ambik statement. Then dia pegi kat green pig to (aku tak taula polis tu buat ape) Lepastu police boleh cakap, okay dah settle. Boleh sambung perjalanan. What the f?!? Macam tu je kau kata dah settle? Macam tu je?!

I sempat Tanya betul ke tu plat no kereta tu which is Waja Hitam WPM471. Police cakap die Ade alat yang boleh kesan terus. Tu memang betul kereta tu. Kira sync laa. Tapi sekelumit pun aku tak nampak mana mana police pegi check dalam kereta.

Ayah cakap nak pegi balai buat report laa. So that Ade copy report tu and police cakap "kite dah ambik statement. Tak payah pegi balai. " Ayah terus cakap takyah nak menipu. Saya taknak buat statement bodoh bodoh macam tu je.

Then kan Ade yang green pig tu kata Ade grant kete kejadah tu semua kan. Ayah suruh police minta grant kete yang green pig Kate Ade. Tapi police TAKNAK AMBIK LANGSUNG.

Faham tak bila Kau dalam Kecemasan, bila panggil police Kau akan rasa secure tapi ni tak LANGSUNG tapi rase police bersekutu. Yang paling bodoh bila police ambik statement penjahat bukan mangsa.

And we just reported to Bukit Aman. And kena buat lagi police report.

Lesson learned:

  1. Snap sebanyak mana gamba yang boleh termasuk POLICE
  2. Tanya police datang dari IPD mana so senang nak refer kalau apa apa
  3. Kena keras. Simpan ape ape benda untuk protect diri dalam kereta. Sebab bila Ayah keluar besi terus die slow down
Share on Google Plus

About Encik Petai

Jejaka kacak, hidung mancung, muka Pan Asia. Suka makan mee goreng, minum milo ais tabur dengan ayam goreng. Penebar roti canai termasyhur di negeri Pasir Berdengung.