Tutup Facebook Bayar Cukai RM87,911

Salam semua. Lama gila saya tak menulis di wall saya ni. Masuk bulan 7 ni baru lah ada sedikit kelapangan. Alhamdulillah. Kepada yang tak tau, antara bulan 4 - 6 saya deactivate FB saya ni kerana perlu menyelesaikan banyak perkara. Kalau ikutkan saya nak simpan untuk diri sendiri sahaja, tapi memandangkan ramai yang ambil berat maka saya kongsikan lah dengan anda semua. Moga anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini yer.

Salah satu perkara yang saya uruskan ialah Efiling LHDN. Saya banyak spend masa meeting dengan akauntan saya, berurusan dengan bank, dan menyelongkar bil-bil tahun 2014. Untuk individu yang mempunyai pendapatan perniagaan seperti saya, tarikh akhir online filing (Efiling) ialah 15 Julai. Sabtu lepas selesai lah semuanya, dan saya membayar cukai sebanyak RM 87,911.


Dalam gambar tunjuk RM 62,911 sebab saya bayar zakat RM25,000. Tahun ni saya akan lebihkan bayar zakat berbanding tahun lepas. Amaun cukai dibayar ni dah tolak habis dah apa yang dibolehkan mengikut Akta Percukaian. Pendapatan ini dijana daripada perniagaan saya sahaja, bukan daripada income trading.

Saya ada degree accounting jadi serba sedikit saya tahu tentang percukaian dan perakaunan. Saya tahu cukai pendapatan mesti dibayar setiap tahun oleh sesiapa juga yang menjana pendapatan. Ramai yang tak tau Efiling ni kena buat tiap-tiap tahun WALAUPUN ANDA TAK LAYAK MEMBAYAR CUKAI. Ada kawan saya yang dah bertahun-tahun kerja tak pernah buat Efiling. Golongan seperti ini amat berisiko untuk diaudit oleh LHDN. Anda beli rumah, kereta atau tanah, semua tu LHDN tahu. Bukan susah pun. Anda beli kereta, daftar dengan JPJ. JPJ hantar info kat LHDN, tengok-tengok rupanya anda tak pernah buat Efiling. So dengan mudah saja anda terkantoi di situ dan dikenakan penalti yang berat.

Saya tunjuk bayar income tax banyak bukanlah nak menunjuk, tetapi ingin menyampaikan beberapa moral:


  1. Lagi banyak cukai anda bayar, lagi senang anda dapat pinjaman. Ini adalah amat mustahak untuk orang yang tak makan gaji macam saya. Nak judge income daripada bank statement, bank amik kira 10% je daripada kredit ke akaun anda tu. Melalui income tax receipt barulah dokumen anda dikira "strong".
  2. Cukai adalah sebahagian "cost of getting rich". Kalau anda nak pendapatan banyak gila satu hari nanti, anda kena bersedia juga untuk membayar cukai yang banyak gila. Don't worry, 26% saja untuk government (setelah ditolak relief dan perbelanjaan yang dibolehkan). Selebihnya anda punya. Kerajaan tak sapu semua. Rate tersebut masih rendah sebab di negara-negara maju ada yang sampai 50%. (kadar cukai adalah mengikut berapa pendapatan anda, bukan flat rate 26% yer)
  3. Bila anda bayar cukai banyak, anda boleh tidur lena dan tak perlu risau kena audit. Anda tak boleh tidur lena kalau income banyak tapi cukai bayar terlalu sikit (tak berpadanan dengan income) atau tak bayar langsung. Kalau anda tak reti buat akaun atau kira cukai sendiri, upahlah mereka yang berkelayakan dan professional. Jangan pandai-pandai buat sendiri. Kang silap kena denda jugak. Saya sendiri pun suruh akauntan buat sebab saya bukannya akauntan bertauliah.
  4. Kalau rasa sayang duit nak bayar cukai, anda boleh bayar zakat yang anggarannya sama banyak dengan cukai anda. Sebab apa anggaran? Sebab zakat perlu dibayar dalam 2014, tapi Efiling anda submit Mei (untuk yang bekerja) atau Julai 2015. Cukai yang perlu dibayar dalam bulan Jun baru boleh tahu berapa kena bayar (melainkan anda rajin untuk kira siap-siap dari awal). Macam saya, saya anggarkan RM25,000 sebab tak sangka kena bayar tax sampai RM87,911 huhuhu. Tahun 2013 saya bayar cukai RM42,000. Kalau total kan dua-dua, dah boleh beli Myvi & Vios cash.
Adakah saya menyesal bayar cukai banyak-banyak? Sudah tentulah tidak kerana ada manfaatnya especially dari segi pelaburan hartanah (ini nanti saya cerita. salah satu sebab saya deactivate FB gak). Lagipun macam saya cakap, yang saya bayar RM 87,911, tapi yang saya dapat tentulah jauh lagi banyak dari tu kan? :).

Dulu saya pun berat hati nak bayar banyak-banyak cukai pendapatan ni, kerana sebagai warganegara banyak lagi cukai-cukai lain yang kita bayar (contoh: GST, cukai pintu, stamp duty dsb). Ditambah pula dengan sogokan media di mana wang rakyat disalahgunakan. Kalau saya tak bayar cukai, saya yang salah sebab itu adalah undang-undang. Kalau bayar, saya takut ia disalahgunakan pula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. So, bagaimana saya memujuk hati saya?

Begini, saya jalankan tanggungjawab saya dengan membayar cukai. Soal penyelewengan tu adalah kerja jahat orang lain, jadi saya tolak tepi. Itu bukan dosa saya. Kalau ia diseleweng maka hukumnya haram. Itu antara mereka dengan Tuhan. Cukai yang dibayar tetap boleh dirasa manfaatnya melalui prasarana lebih baik (LRT, MRT dsb). Ia juga digunakan untuk membantu mereka-mereka yang kurang bernasib baik (badan-badan kebajikan misalnya). Jadi, bukanlah semuanya diselewengkan. Kalau anda tetap tak nak bayar cukai, senang je. Bayar lah zakat yang sama banyak dengan cukai anda. Habis cerita :) .

Sekian sahaja perkongsian saya tentang percukaian ni.

Semoga bermanfaat buat semua. SHARE / TAG lah kawan-kawan tanpa rasa bersalah kalau dirasakan bermanfaat.

Jumpa lagi dalam post-post akan datang. Wassalam...

AMARAN : Tunjuk bayar cukai banyak takpe, jangan tunjuk gambar duit banyak berkepuk-kepuk. Itu memang "sedap" LHDN nak sebat tu hahaha

KHALID HAMID
Share on Google Plus

About Encik Petai

Jejaka kacak, hidung mancung, muka Pan Asia. Suka makan mee goreng, minum milo ais tabur dengan ayam goreng. Penebar roti canai termasyhur di negeri Pasir Berdengung.